Skip to main content

Pottermore Publishing adalah syarikat penerbitan yang dihasilkan oleh J.K Rowling. Ia berkait rapat dengan dunia magis Harry Potter, atau nama lainnya ‘Wizarding World’. Terkini, Pottermore Publishing telah memperkenalkan buku digital bersiri yang berkait dengan Harry Potter.

Judul siri buku ini adalah Harry Potter: A Journey Through, yang mana ia adalah berdasarkan buku audio Harry Potter: A History of Magic. Menurut laman Pottermore, siri buku digital ini adalah lebih ringkas dan mudah faham. Walaupun ia ringkas, pembaca masih boleh menikmati keindahan dunia magis Harry Potter. Terdapat empat buku digital untuk siri ini, iaitu; Harry Potter: A Journey Through Charms and Defence Against the Dark Arts, Harry Potter: A Journey Through Potions and HerbologyHarry Potter: A Journey Through Divination and Astronomy, dan Harry Potter: A Journey Through Care of Magical Creatures.

Dalam buku digital ini, ia akan memperlihatkan seni lukisan yang yang mengambil inspirasi dari bandar London oleh Rohan Daniel Eason. Untuk mudah faham, ia adalah buku sejarah yang para pelajar di Hogwarts pelajari sepanjang mereka dididik di sana. Buku pertamaHarry Potter: A Journey Through Charms and Defence Against the Dark Arts akan dilancarkan pada 27 Jun ini dan ia sudah pun boleh dipra-tempah Amazon (bacaan melalui aplikasi Kindle), Books (untuk peranti Apple) dan juga Kobo. Harga satu buku digital RM13 sahaja.

Leave a Reply