Informasi Permainan Video Terkini
Professor X Dipertontonkan Dengan Lebih Jelas Dalam Video Acah Legion Baharu

Professor X Dipertontonkan Dengan Lebih Jelas Dalam Video Acah Legion Baharu

Diterbitkan pada Mei 31, 2019 oleh .

Siri TV Legion akan kembali lagi untuk musim ketiga yang juga merupakan musim terakhir. Legion, sejenis Mutant tahap Omega atau dikenali sebagai ‘Level 5 Mutant‘. Sama tahap dengan Jean Grey – Dark Phoenix. Legion juga adalah seorang yang mempunyai masalah jiwa. Dalam video acah pertama yang lepas, imbasan buat watak Professor X telah diperlihatkan – namun video promosi terkini telah mempertontonkan penampilan beliau dengan lebih jelas.

Video ini memperlihatkan David menceritakan yang beliau mempunyai seorang bapa yang juga merupakan sejenis mutant. Menurut beliau kuasa ini diperoleh sebab ada raksasa yang menghantui beliau sejak kecil dan turut kelihatan adalah, Professor Xavier yang mungkin sedang membina Cerebro buat pertama kalinya. Video ini tamat dengan tanda tanya, yang pasti membuatkan ramai tertanya-tanya kenapa David ingin menceritakan bapanya dan bagaimana sebenarnya beliau mendapat kuasa ini?

Musim ini turut akan memperlihatkan pertempuran Xavier dengan Shadow King. Ia akan mula disiarkan pada 24 Jun ini.


TIPS & ULASAN