Slender: The Arrival Untuk Switch Akan Tiba Pada 20 Jun 2019

Slender: The Arrival merupakan permainan seram yang dibangunkan oleh Blue Isle Studio berdasarkan permainan percuma Slender: The Eight Pagers yang dibangunkan oleh Parsec Productions.

Permainan tersebut sudah dikeluarkan pada 2013 untuk generasi konsol yang lepas sebelum turut tiba ke PS4 dan Xbox One pada tahun 2015. Hari ini, Blue Isle mengumumkan yang permainan tersebut turut dikeluarkan untuk Switch dan akan tiba pada 20 Jun 2019.

Buat masa ini ia tidak boleh di pra-tempah tetapi sudah diseneraikan dengan harga $9.99 (RM41).

Sohor Kini