EA baru-baru ini berkongsi senarai permainan yang akan diperlihatkan semasa acara EA Play Jun ini, dan Anthem tampaknya tidak akan mempunyai slot ketika acara tersebut.
BioWare sebaliknya melakukan strim langsung hari ini untuk berkongsi penambahan bagi permainan tersebut. Strim tersebut memfokuskan The Cataclysm iaitu acara masa terhad untuk pemain yang sudah menghabiskan permainan utama.

The Cataclysm akan berlangsung selama 8 minggu, yang akan menyertakan 3 misi dan 1 kawasan baharu. Bermain dan menyelesaikan acara ini akan memberikan pemain pelbagai ganjaran.
Menariknya, pemain akan mempunyai masa yang terhad untuk menyelesaikan misi ataupun aktiviti di dalam acara ini. Apabila masa tamat, acara tersebut akan selesai, pemain boleh menambah masa dengan menyelesaikan pelbagai aktiviti yang disediakan. Lebih banyak aktiviti yang diselesaikan dalam masa ditetapkan lebih tinggi markah pemain yang akan menentukan kualiti ganjaran.

Buat masa ini Bioware masih tidak mengumumkan tarikh acara tersebut akan bermula, tetapi mengatakan sesi percubaan akan dilakukan terlebih dahulu untuk pemain di PC sebelum dikeluarkan untuk semua. Bagi anda yang berminat untuk menonton sendiri strim tersebut, anda boleh melakukannya melalui laman Twitch Anthem.
Anthem sudah dikeluarkan pada 22 Februari 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.