Skip to main content

Tiadanya Sony di E3 tahun ini sudah semestinya mencipta satu ruangan kosong yang agak besar, namun, tampaknya Microsoft akan mengambil peluang tersebut untuk “memenangi” E3 pada tahun ini.

Ketua Xbox iaitu Phil Spencer melalui kicauan di akaun Twitter rasmi beliau mengatakan yang pasukan beliau baru sahaja selesai raptai untuk persidangan langsung mereka.

Menariknya, beliau juga mengatakan yang semasa persidangan tersebut mereka akan memperlihatkan 14 permainan yang dibangunkan oleh mereka sendiri melalui Xbox Games Studios. Ia merupakan jumlah tertinggi setakat ini.

Pada Februari lepas, Microsoft Studios telah dinamakan semula kepada Xbox Game Studios. Ia merupakan bumbung kepada lebih 13 studio pembangun seperti 343 Industries, Obsidian Entertainment, dan Ninja Theory.

Leave a Reply