505 Games dan Artplay hari ini memperlihatkan satu video acah baharu yang mana mereka memperkenalkan watak Zangetsu, iaitu watak kedua yang pemain boleh mainkan selepas Miriam buat permainan Bloodstained: Ritual Of The Night.

Zangetsu merupakan watak lelaki yang memfokuskan senjata pedang katana di mana pemain bukan sahaja mempunyai bentuk pertempuran yang berbeza dengan Miriam, malah Zangetsu juga berupaya untuk menggunakan cangkuk untuk mengembara di dalam permainan tersebut.

Tambahan itu, watak ini juga akan dilancarkan secara percuma sebagai DLC tambahan buat pemrainan tersebut setelah ianya dilancarkan kelak bersama-sama dengan pelbagai kandungan lain seperti tahap kesukaran yang tinggi, New Game Plus dan sebagainya.

Menariknya, watak Zangetsu tersebut dilakonkan oleh pelakon suara latar terkenal dengan permainan Metal Gear Solid sebagai Solid Snake, iaitu David Hayter.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Bloodstained: Ritual Of The Night akan dilancarkan pada 18 Jun 2019 ini di Playstation 4, Xbox One dan PC. Manakala versi Switch pula bakal tiba pada 25 Jun 2019 kelak.

Sohor Kini