Dengan kejayaan permainan Harvest Moon: Light Of Hope sebelum ini oleh Natsume, mereka kini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan permainan baharu Harvest Moon buat konsol Playstation 4 dan PC, iaitu Harvest Moon: Mad Dash.

Buat masa ini, informasi lanjut berkenaannya masih belum diumumkan dan menurut Natsume, mereka akan kongsikan sebarang video acah dan termasuklah bentuk permainan Harvest Moon: Mad Dash tersebut menjelang E3 ini.

Ketua pegawai eksekutif Natsume, iaitu Hiro Maekawa juga menyatakan bahawa mereka sangat teruja dengan pengumuman ini dan peminat siri Harvest Moon pasti akan terkejut dengan apa yang mereka bakal bawakan tahun ini buat siri tersebut.

Beliau juga menambah bahawa permainan ini adalah berbeza dengan permainan Harvest Moon sebelum ini dan ianya pasti akan memberi satu pengalaman baharu yang lebih menyeronokkan bersama mekanik klasik permainan tersebut.

Sama-sama kita nantikan sebarang pengumuman oleh Natsume menjelang E3 2019 ini.

Sohor Kini