Skip to main content

Sebelum ini kami melaporkan yang mana permainan pernambahan-baikkan Ghostbusters: The Video Game akan dilancarkan dan kini Saber Interactive dan mad Dog Games akhirnya mengumumkannya secara rasmi di mana ianya akan dilancarkan sekitar tahun ini di Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC melalui Epic Game Store.

Ghostbuster: The Video Games asalnya merupakan permainan aksi pengembaraan yang dilancarkan pada 2009 di konsol generasi sebelum ini.

Kini bersempena dengan ulang tahun ke-35 buat Ghostbusters, Mad Dog Games akan melancarkan semula permainan tersebut dengan menyertakan pelbagai pernaik-tarafan dari segi visual definisi tinggi bersama-sama watak-watak klasik dari siri filem Ghostbuster.

Sememangnya ini adalah satu pengumuman yang pasti akan menggamit memori buat mereka yang terkenang kembali dengan filem dan permainan Ghostbuster tersebut. Seperti biasa, kami akan kongsikan sebarang informasi lanjut setelah mereka mengumumkannya kelak.

Leave a Reply