Informasi Permainan Video Terkini
Tencent Dilaporkan Meninggalkan Arena Of Valor Selepas Pertelingkahan Bersama Riot Games

Tencent Dilaporkan Meninggalkan Arena Of Valor Selepas Pertelingkahan Bersama Riot Games

Diterbitkan pada Mei 30, 2019 oleh .

Arena Of Valor (Dikenali Honour Of Kings buat pasaran China) yang baru sahaja dilancarkan di Switch tahun lepas dan salah satu permainan MOBA terkenal di peranti telefon mudah-alih, kini tampaknya tidak lagi akan disokong oleh Tencent.

Menurut laporan Game Industry, Tencent mengambil keputusan untuk meninggalkan sebarang rancangan mereka untuk mengembangkan permainan Arena Of Valor tersebut selepas pertelingkahan bersama pembangun permainan League Of Legends, Riot Games.

Ini kerana, terdapat beberapa pembangun dari Riot Games menyatakan bahawa permainan tersebut meniru League Of Legends. Keadaan menjadi semakin teruk apabila Tencent mempromosikan permainan tersebut dengan menggunakan pemain profesional daripada League Of Legends untuk mempromosikan permainan dan kejohanan Arena Of Valor.

Terdapat juga laporan yang mana Tencent kini telah pun membubarkan pasukan pemasaran permainan Arena Of Valor di Amerika Syarikah dan Eropah untuk menyusun atur kembali strategi pemasaran mereka buat pasaran global.

Ini tidak pasti sama ada permainan tersebut akan terus mendapat sebarang kemaskini ataupun tidak pada masa akan datang. Menariknya, pelayan utama ‘Valiant’ buat permua Arena Of Valor juga dilaporkan akan ditutup dan pemain perlu membuat pemindahan ke pelayan Baratayuda. Ini sekaligus mungkin akan memberi kesan terhadap permainan tersebut.

Sememangnya ini adalah satu berita yang agak mengejutkan dan permainan Arena Of Valor sememangnya mendapat sambutan yang baik secara global. Meskipun begitu, permainan tersebut tidak mendapat sambutan yang baik buat pasaran Amerika Syarikat dan ianya juga kelihatan memberi impak yang besar buat syarikat tersebut.

Akan tetapi, dengan perancangan League Of Legends versi permua, Tencent dan Riot Games mungkin lebih berminat untuk memfokuskan permainan baharu daripada menerus menyokong permainan yang sedia ada.

Kami pasti akan mengemaskini setelah kami mendapat sebarang kenyataan rasmi oleh mana-mana pihak.


TIPS & ULASAN