Kalypso Media hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan strategi masa-nyata Sudden Strike 4: Complete Edition ke konsol dan PC yang mana ianya menyertakan kesemua 5 DLC yang dilancarkan sebelum ini.
Menurut Kalypso Media, permainan tersebut kini telah pun dilancarkan di PC dan versi konsol (Playstation 4 dan Xbox One) akan dilancarkan kemudian sekitar suku ketiga tahun ini.
Sudden Strike 4: Complete Edition akan menyertakan lebih dari 45 misi dengan 11 kempen yang mana pemain boleh gunakan lebih dari 200 jenis unit di campur dengan mod multi-pemain.
Bagi anda yang berminat, ianya boleh dibeli melalui kedai atas-talian Kalypso Media dengan harga $41.00(~RM172).