Skip to main content

Omensight iaitu permainan aksi misteri oleh Spearhead Games hari ini diumumkan akhirnya akan tiba di konsol Xbox One bermula 7 Jun 2019 ini.

Permainan tersebut sebelum ini telah pun dilancarkan di PC, Playstation 4 dan Switch di mana kami sendiri juga telah pun mengulaskan permainan tersebut di pautan ini.

Terkini melalui versi Xbox One, Spearhead Games menyatakan bahawa ianya telah dibawakan ke konsol tersebut oleh Nephilim Game Studios dan ianya akan menyokong resolusi sehingga 4K buat konsol Xbox One X yang mana pasti akan memberi pengalaman permainan yang sangat meluas.

Seperti yang dilaporkan oleh kami, Omensight merupakan permainan yang dibangunkan oleh Spearhead Games yang mana mereka terkena dengan permainan Stories: The Path of Destinies. Melalui edisi Definitive ini, Spearhead Games menyatakan mereka akan mengemaskini sebilangan bentuk permainan tersebut termasuklah kandungan pasca-permainan.

Omensight akan meletakkan pemain untuk mengawal seorang Harbinger, yang mana beliau adalah seorang pendekar yang kuat dan berada diluar kawasan masa. Pemain perlu mengembara dan menyelamatkan satu kawasan yang bernama Urralia daripada ia dimusnahkan. Pemain juga berupaya untuk mengawal masa untuk melihat penceritaan melalui pelbagai perspektif. Pada masa yang sama permainan ini juga mempunyai bentuk pertempuran jarak dekat dengan menggunakan pedang dan juga magis.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini di Xbox One, anda boleh berbuat demikian menjelang minggu hadapan.

Leave a Reply