Sony hari ini mengumumkan kembalinya Days of Play buat kali ketiga, ia merupakan acara jualan promosi PlayStation secara global. Bagi Days of Play 2019 ia akan bermula pada 7 Jun 2019 sehingga 17 Jun 2019.
Berikut adalah antara yang ditawarkan khas semasa jualan promosi ini;
Konsol PS4 Days of Play (Edisi Terhad)

Konsol edisi terhad ini menyertakan PS4 (storan 1TB) yang mempunyai warna hitam keluli (steel black) di lapisan atas konsol dan warna kelabu gelap di bawah, ia menghasilkan pewarnaan yang menarik. Ia juga menyertakan simbol PlayStation di atas konsol. Alat kawalan juga menggunakan pewarnaan yang sama. Harga di pasaran adalah RM1349.
Harga Promosi Untuk Permainan Popular
Selain itu, Sony juga menawarkan beberapa permainan mereka dengan harga yang lebih murah. Harga ini boleh didapati di mana-mana pengedar rasmi Playstation dan juga cawangan Sony. Permainan yang ditawarkan adalah;
- Days Gone – RM189
- God of War – RM79
- Marvel’s Spider-Man – RM79
- The Last of Us Remastered – RM59
- UNCHARTED 4 – A Thief’s End – RM59
- UNCHARTED – The Lost Legacy – RM79
Tawaran Langganan PS Plus
Bagi langganan PS Plus, pembelian melalui dalam talian di PS Store mempunyai dua tawaran iaitu langganan 12 bulan dengan harga RM90.30 dan langganan 3 bulan dengan harga RM10.
Manakala bagi pembelian kad langganan ia mengekalkan harga jualan RM129 untuk 12 bulan tetapi jika dibeli dan ditebus ketika minggu Days of Play, anda akan menerima 3 bulan tambahan.
Jadi ada tawaran yang menarik untuk anda? Bagaimana dengan rekaan baharu PS4, cantik?
