Skip to main content

Sony Interactive Entertainment hari ini akhirnya mengumumkan permainan percuma buat pelanggan Playstation Plus bagi bulan Jun 2019 ini untuk pelanggan Malaysia.

Kali ini, Sony membawa 2 permainan untuk pelanggan Playstation Plus dimana ianya boleh dimuat-turun bermula 5 Jun 2019 sehingga 2 Julai 2019 ini. Permainan yang disertakan adalah:

  • Borderlands: The Handsome Collection (PS4)
  • Sonic Mania (PS4)

Selain itu, ia juga menyertakan Apex Legends Plus Play Pack dan tema PS4 bersempena Umbrella Festival. Bagi anda yang masih belum memuat-turun permainan percuma Playtation Plus bagi bulan Mei anda boleh memuat-turunnya sehingga 4 Jun ini.

Leave a Reply