Seperti kita sedia maklum di dalam permainan Vampire: The Masquerade Bloodlines 2 pemain akan bermula sebagai Thinblood yang boleh dikatakan sebagai berada di kasta terbawah.

Pemain kemudiannya boleh memilih untuk menyertai puak Vampire yang berlainan serta mempunyai lebih banyak kuasa. Pemain dapat memilih satu daripada 5 puak yang ada. Paradox Interactive telah memperkenalkan empat puak iaitu Brujah, Tremere, Toreador, dan Ventrue.

Puak seterusnya yang juga puak terakhir diperkenalkan adalah Malkavian. Puak Malkavian boleh dikatakan puak yang tersisih di kalangan Vampir di Seattle. Ada daripada mereka yang memiliki kawasan tersendiri tetapi ia adalah kawasan yang terpinggir.

Seperti puak-puak lain, bersama dengan kuasa yang diperoleh sebagai Thinblood, pemain juga akan mendapat dua disiplin jika menyertai puak ini. Ia adalah Dementation dan Auspex.

Dementation mempunyai dua kuasa iaitu Haunt yang membuatkan watak sekitar atau yang disasarkan menjadi takut dan apabila digunakan dengan kuasa kedua iaitu Berserk watak tersebut akan menyerang watak-watak sekitar. Penggunaan kuasa ini adalah dibenarkan di khalayak ramai.

Manakala kuasa pertama Auspex adalah Aura Sense membolehkan pemain melihat watak-watak sekitar walaupun di sebalik dinding, ia juga membolehkan pemain menanda watak agar dapat diperhatikan dari jauh. Kuasa kedua adalah Psychic Projection yang membolehkan watak pemain mengembara dalam bentuk roh. Kuasa ini juga boleh digunakan secara terbuka.

Vampire: The Masquerade – Bloodlines 2 akan dikeluarkan pada suku pertama tahun 2020 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini