Informasi Permainan Video Terkini
Marvel Dan Square Enix Bakal Mengumumkan Permainan Marvel’s Avengers Di E3

Marvel Dan Square Enix Bakal Mengumumkan Permainan Marvel’s Avengers Di E3

Diterbitkan pada Mei 29, 2019 oleh .

Melalui satu kicauan di akaun Twitter rasmi untuk The Avengers oleh Marvel, mereka mengumumkan satu permainan yang mungkin berjudul “Marvel’s Avengers” akan diperlihatkan semasa persidangan langsung E3 Square Enix.

Persidangan langsung Square Enix akan berlangsung pada 11 Jun 2019 pada pukul 9 pagi. Untuk senarai penuh tarikh dan masa acara persidangan siaran langsung E3 2019 anda boleh layari pautan ini.

Permainan yang sebelum ini dikenali sebagai projek The Avengers merupakan permainan yang dibangunkan oleh Crystal Dynamics, Eidos Montreal dengan kerjasama Marvel dan juga Square Enix.

Buat masa ini tiada pengesahan mengenai bentuk permainan untuk permainan ini akan tetapi ramai yang menjangkakan ia adalah permainan dalam talian ataupun sebuah permainan MMO. Apa pun sama-sama kita nantikan E3 kelak.


TIPS & ULASAN