Skip to main content

Creative Assembly dan SEGA tampaknya akan bergembira dengan penerimaan permainan terbaru bagi siri Total War iaitu Total War: Three Kingdom.

Walaupun beberapa kali ditunda tarikh pengeluaran, namun, permainan tersebut terus mendapat sambutan yang baik dengan terjual sebanyak sejuta unit selepas seminggu dikeluarkan.

Menurut Creative Assembly, antara sebab utama kejayaan tersebut adalah penerimaan permainan tersebut di China. Selain mempunyai tema berdasarkan sejarah negara China, permainan Total War juga kian popular di kalangan pemain di negara tersebut.

Total War: Three Kingdom dikeluarkan untuk PC pada 23 Mei 2019.

Leave a Reply