Ben Walke iaitu seorang pembangun di DICE mengumumkan melalui Reddit yang permainan baharu Need for Speed akan tiba pada tahun ini. Permainan terakhir yang dikeluarkan untuk siri ini adalah Need for Speed Payback iaitu pada tahun 2017. Namun, beliau tidak berkongsi judul permainan tersebut.
Beliau menegaskan yang permainan baharu ini akan mengekalkan kandungan penting untuk Need for Speed iaitu kereta dan pengubahsuaian. Selain itu, ia juga akan menyertakan pelbagai kandungan baharu.
Jika anda berharap ia akan diperlihatkan di EA Play semasa E3 kelak, anda akan kecewa kerana beliau mengesahkan yang permainan tersebut tidak akan diperlihatkan semasa acara tersebut. Sebaliknya, pengumuman lanjut akan dilakukan kemudian.
Sebarang informasi lanjut mengenai Need for Speed kami akan kongsi dengan anda. Sama-sama kita nantikan.