Sebelum ini Kojima Productions berkongsi yang mana mereka akan mengumumkan sesuatu berkenaan permainan Death Stranding pada 30 Mei ini.

Terkini, tampaknya perkara tersebut mungkin tertiris lebih awal di mana terdapat seorang pengguna di Twitter bernama Plastic Heart Pod telah berkongsi yang mana terdapat senarai pra-tempahan buat permainan tersebut di PSN Store.

Sememangnya senarai tersebut telah pun dipadam oleh Sony. Meskipun begitu, senarai ini berkemungkinan adalah apa yang Kojima Productions bakal kongsikan esok dan dengan tibanya jualan pra-tempahan, kami percaya Death Stranding akan dilancarkan sekitar tahun ini.

Menariknya, melalui senarai pra-tempahan tersebut, permainan ini kelihatan akan menyertakan pelbagai bentuk pengubah-suaian kostum yang berbeza untuk watak di mana terdapat beberapa kostum dan kelengkapan berwarna emas yang pemain boleh dapatkan jika pemain membuat pra-tempahan.

Walaubagaimana pun, sama-sama kita nantikan sebarang pengumuman lanjut oleh Kojima Productions esok.

Sohor Kini