Skip to main content

Inti Creates minggu ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa permainan Blaster Master Zero ke PC melalui Steam pada 15 Jun 2019.

Permainan tersebut sebelum ini dilancarkan di Switch dan 3Ds yang mana ianya adalah olahan semula untuk permainan klasik di NES, Blaster Master beberapa tahun lepas. Inti Creates juga sebelum ini melancarkan sekuel kepada permainan ini di Switch iaitu Master Blaster Zero 2.

Blaster Master Zero merupakan permainan aksi platformer yang memfokuskan watak Jason Frudnick. Melaluinya pemain akan bertempur pelbagai jenis musuh dan pada masa yang sama memandu kenderaan seakan kereta kebal.

Menariknya, versi PC ini juga akan menyertakan kesemua DLC watak yang dilancarkan sebelum ini Switch dan 3DS seperti watak Gunvolt, Ekoro, Shantae dan Shovel Knight.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini, anda boleh ke laman Steam untuk membelinya menjelang Jun kelak. Dari segi harga rasmi pasaran Malaysia ianya masih belum diumumkan, namun bagi harga rasmi di pasaran luar ianya berharga $9.99(~RM42).

Leave a Reply