Skip to main content

Sebelum ini, That Game Company dan Annapurna Interactive mengumumkan bahawa mereka akan membawa permainan Journey, iaitu permainan pengembaraan yang asalnya dilancarkan di Playstation 3 dan Playstation ke PC melalui Epic Games Store.

Terkini, tarikh pelancaran permainan tersebut akhirnya diumumkan di mana ia bakal pada 6 Jun 2019 dengan harga $14.99(~RM63).

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Journey akan meletakkan pemain untuk mengembara sebagai seorang watak berjubah merah dimana keseluruh pengembaraannya, pemain akan mengembara di dalam pelbagai jenis lokasi dan menyelesaikan sebilangan tekaria. Apa yang membuat permainan ini sangat menarik adalah fungsi atas-taliannya dimana jika pemain berada di atas-talian, pemain akan menjumpai pemain lain dan berupaya untuk mengembara bersama.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan tersebut, ianya kini sudah pun boleh dipra-tempah melalui Epic Games Store.

Leave a Reply