Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Konami akan melancarkan tiga koleksi permainan klasik yang mana ia adalah permainan Arcade Classic, Castlevania Anniversary Collection dan Contra Anniversary Collection. Koleksi permainan tersebut adalah sempena ulang tahun ke-50 buat syarikat tersebut.

Senarai permainan untuk Arcade Classic dan Castlevania Anniversary Collection sudah diumumkan sebelum ini, manakala minggu ini Konami akhirnya mengeluarkan senarai permainan yang disertakan di dalam Contra Anniversary Collection.

Senarai permainan yang akan disertakan adalah seperti berikut;

  • Contra (Arcade)
  • Contra (NES)
  • Contra (Famicom)
  • Super Contra (Arcade)
  • Super C (NES)
  • Contra III: The Alien Wars (SNES)
  • Super Probotector: Alien Rebels (SNES)
  • Contra: Hard Corps (Sega Genesis)
  • Probotector (Sega Mega Drive)
  • Operation C (Game Boy)

Selain itu, 6 lagi permainan akan disertakan kemudian, ia merupakan permainan Contra versi Jepun;

  • Contra (Arcade)
  • Super Contra (Arcade) – dikenali sebagai Super Contra: Alien No Gyakushu di Jepun
  • Super C – dikenali sebagai Super Contra di Jepun
  • Contra III: The Alien Wars – dikenali sebagai Contra Spirits di Jepun
  • Operation C – dikenali sebagai Contra di Jepun
  • Contra: Hard Corps – dikenali sebagai Contra: The Hard Corps di Jepun

Koleksi ini akan tiba untuk Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC pada suku ketiga tahun ini dengan harga $20(~RM83). Pemain yang membeli koleksi ini juga akan mendapat buku digital yang memperlihatkan belakang tabir permainan ini.

Sohor Kini