
Di acara langsung Pokemon hari ini, The Pokemon Company mengumumkan permainan baharu untuk iOS dan Android iaitu Pokemon Masters.
Melalui permainan ini, pemain berpeluang untuk bertempur bersama dengan kesemua watak daripada permainan Pokemon yang lepas (mungkin termasuk juga Sword & Shield).

Semasa acara tersebut, video ringkas bentuk permainan memperlihatkan pertempuran 3 lawan 3 tetapi tidak banyak yang diperlihatkan. Maklumat lanjut akan dikongsikan kemudian.
Permainan ini dikatakan bermula apabila Ken Sugimori dari Game Freak yang ingin membangunkan permainan yang menyertakan watak-watak daripada permainan Pokemon yang lain.