Acara langsung Pokemon sedang berlangsung melalui laman Twitch Pokemon. Semasa acara tersebut Game Freak telah mengumumkan Pokemon Home iaitu hub berasaskan awan untuk permainan Pokemon.

Melalui perkhidmatan tersebut, ia memudahkan untuk pemain menghubungkan pelbagai permainan Pokemon termasuk juga di platform lain. Antara kegunaan adalah ia akan memudahkan anda untuk memindah Pokemon ke permainan lain. Permainan yang diperlihatkan adalah Pokemon Go, Pokemon Let’s Go dan Pokemon Sword & Shield.

Pokemon Home akan dikeluarkan pada tahun 2020 dan menyokong iOS, Android dan Nintendo Switch.

Sohor Kini