Informasi Permainan Video Terkini
Sambungan Permainan Detective Pikachu Diumumkan Untuk Switch

Sambungan Permainan Detective Pikachu Diumumkan Untuk Switch

Diterbitkan pada Mei 29, 2019 oleh .

Acara langsung Pokemon sedang berlangsung melalui laman Twitch Pokemon. Pengumuman pertama yang diumumkan adalah permainan Detective Pikachu yang dikeluarkan pada tahun 2016 untuk 3DS akan mendapat sambungan tetapi untuk konsol Switch.

Menurut, The Pokemon Company, permainan tersebut akan mempunyai pengakhiran yang berbeza dengan filem Detective Pikachu yang juga mengambil permainan tersebut sebagai sumber penceritaan.

Buat masa ini mereka tidak membuat sebarang pengumuman lanjut mengenai Detective Pikachu untuk Switch. Kami akan kemaskini jika ada informasi baharu.


TIPS & ULASAN