Akhirnya selepas berbulan menanti, Netflix mengumumkan tarikh siaran Jessica Jones musim ketiga. Penantian itu satu penyeksaan, lebih-lebih lagi apabila musim ketiga ini adalah musim terakhir buat Jessica Jones. Bukan itu sahaja, musim terbaru ini juga merupakan siri TV Marvel Netflix terakhir. Seperti yang diumumkan sebelum ini, antara sebab siri-siri Marvel Netflix dibatalkan adalah kerana kehadiran platform penstriman tersendiri Disney – Disney+.

Jessica Jones musim ketiga akan disiarkan di Netflix pada 14 Jun ini, iaitu sekitar dua minggu sahaja lagi. Musim ketiga yang juga merupakan musim terakhir siri TV ini akan mempunyai 13 episod. Musim ketiga akan mengisahkan Jessica dan Trish memperbaiki hubungan antara satu sama lain. Walaupun mereka mempunyai masalah serius, seperti Trish telah membunuh ibu kepada Jessica. Dalam pada itu, mereka akan berhadapan dengan musuh baharu – iaitu seorang psikopat yang bijak pandai.

Masih tidak jelas siapakah musuh ini, ia hanya akan diperlihatkan dalam video acah penuh tidak lama lagi. Jadi bagi mereka yang mengikuti siri TV Marvel Netflix, marilah sama-sama kita saksikan pengakhiran siri ini di Netflix 14 Jun ini.

Sohor Kini