Red Faction merupakan siri permainan yang dibangunkan oleh Volition. Permainan terakhir adalah Red Faction Evolution: Armageddon yang dikeluarkan pada tahun 2011. Red Faction Guerrilla versi olahan semula dikeluarkan pada tahun 2018.

Oleh disebabkan penjualan yang kurang, THQ yang memiliki IP permainan tersebut tidak mengeluarkan sebarang permainan untuk siri tersebut. Ia mungkin akan berubah tidak lama lagi apabila melalui penyenaraian permainan yang menyokong NVIDIA Ansel, Red Faction Evolution tersenarai.

Buat masa ini, Volition ataupun THQ Nordic tidak mengeluarkan sebarang pengumuman mengenai permainan tersebut. Kemungkinan besar ia akan diumumkan di E3 kelak, jika tidak semasa persidangan langsung Xbox, mungkin semasa PC Games Show.

Sohor Kini