Sebelum ini kami berkongsi yang mana Gust dan Koei Tecmo mengacahkan satu permainan baharu. Terkini, mereka akhirnya mengumumkan permainan tersebut secara rasmi di mana ianya adalah permainan Atelier seterusnya iaitu Atelier Ryza: The Queen of Eternal Darkness And Secret Hideout dan ia bakal tiba di Playstation 4, Switch dan juga PC melalui Steam.
Menurut laporan Gematsu, permainan ini akan memperkenalkan dunia baharu yang memfokuskan watak Ryza, di mana pemain akan mengembara bersama beliau di dalam dunia tersebut.
Dari segi sistem permainan, Gust juga memperkenalkan satu sistem baharu iaitu ‘Creation’ di mana ianya akan mengubah bentuk permainan dan pada masa yang fungsi sistem lain seperti pengumpulan dan penghasilan barangan juga dikembangkan lagi.

Menariknya, Koei Tecmo juga menyatakan bahawa mereka akan melancarkan permainan tersebut secara fizikal buat konsol Playstation 4 dan Switch di mana edisi terhad juga bakal dilancarkan dengan penyertaan pelbagai barangan eksklusif. Manakala versi PC ianya hanya akan tiba secara digital.
Buat masa ini, informasi lanjut berkenaannya masih belum diumumkan dan ianya buat masa ini disahkan bakal tiba di pasaran Jepun sekitar tahun ini. Bagi pasaran global pula, kami percaya dengan pelancaran pelbagai siri permainan Atelier sebelum ini, kami percaya ianya juga bakal dilancarkan kelak.