NetEase dan Marvel hari ini melancarkan permua bergenrekan Moba (Multiplayer Online Battle Arena) iaitu Marvel Super War secara beta terbuka melalui iOS dan Android.

https://www.youtube.com/watch?v=Dtk3gs41t14

Melaluinya, ianya adalah permainan seakan Mobile Legends ataupun Dota di mana pemain akan bermain sebagai adiwira Marvel seperti Thor, Iron Man dan juga Deadpool bertempur sesama pemain lain di dalam satu arena.

Buat masa ini, permua ini dilancarkan secara beta terbuka di mana anda boleh memuat-turunnya secara percuma melalui peranti pilihan anda. Bagi pemain Android, ianya boleh dimuat-turun dengan mudah melalui Google Play Store. Manakala bagi peranti iOS, anda perlu memuat-turun aplikasi Testflight dahulu untuk mengakses beta terbuka permua tersebut.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba permua Marvel Super War anda boleh ke pautan dibawah untuk memuat-turunnya. Anda juga boleh mengikuti laman rasmi Facebook permua tersebut untuk melihat sebarang informasi lanjut berkenaannya.

Muat-Turun Android: Marvel Super War

Muat-Turun iOS: Marvel Super War

Sohor Kini