Skip to main content

Bagi penstrimer, Steam Deck merupakan antara perkakas yang penting. Ia memudahkan untuk mengawal paparan strim untuk menukar apa yang akan diperlihatkan kepada penonton.

Buat masa ini, Elgato mempunyai tiga jenis perkakas Stream Deck yang berbeza iaitu Stream Deck XL, Stream Deck dan Stream Deck Mini. Paling murah yang ditawarkan adalah Mini yang berharga dalam lingkungan RM500.

Bagi anda yang tidak ingin berbelanja lebih pada permulaan. Elgato menawarkan satu jenis Stream Deck baharu dan menariknya ia adalah satu aplikasi yang menjadikan peranti pintar anda sebagai Stream Deck.

Melalui aplikasi Stream Deck Mobile, anda boleh menggunakan iPhone ataupun iPad untuk mengawal strim anda. Aplikasi tersebut adalah percuma untuk dimuat turun akan tetapi ia memerlukan langganan perkhidmatan dengan harga RM11.90/sebulan ataupun RM102.90/setahun.

Seperti Stream Deck yang biasa, ia akan mempunyai 15 butang yang boleh diubah suai mengikut kehendak pengguna.

[download]App Store: Elgato Stream Deck Mobile[/download]

Leave a Reply