Walaupun dikeluarkan secara akses awal, Dreams Universe oleh Media Molecule ini telah menerima pelbagai rekaan menarik. Sebelum ini kami melaporkan yang seorang pemain menggunakan Dreams untuk menghasilkan semula adegan filem dan seorang pemain juga membina semula permainan Metal Gear Solid.

Seorang pemain dengan nama Gauffreman pula mencipta satu permainan berdasarkan pertempuran kapal angkasa walaupun menggunakan nama Space Wars Forcefighter tetapi jelas rekaan adalah berdasarkan filem Star Wars.

Di dalam peringkat Dreams ini, pemain akan mengawal kapal X-wing dan melawan Tie Fighter. Star Destroyer dan Death Star juga diperlihatkan tetapi mungkin sebagai hiasan sahaja.

Menurut pereka, beliau mengambil masa 3 minggu untuk menghasilkan peringkat ini dan bertujuan untuk lebih mengembangkan penerimaan Dreams. Beliau juga mengatakan akan menambah 2 atau 3 lagi peringkat bersama dengan fungsi baharu.

Jika anda mempunyai Dream Universe yang anda boleh beli secara akses awal dengan harga RM129, anda boleh mencuba sendiri peringkat ini. Jika tidak kami sertakan video seorang pemain yang mencubanya di bawah.

Sohor Kini