Skip to main content

Selepas pelancaran mod pertempuran royale, Firestorm beberapa bulan lepas buat permainan Battlefield, EA hari ini mengumumkan kandungan seterusnya untuk bahagian ke-3, Trial By Fire buat permainan tersebut iaitu peta lokasi baharu, Mercury.

Mercury merupakan peta kawasan baharu buat mod multi-pemain Battlefield V yang mana ianya memfokuskan kawasan Mediterranean. Peta ini adalah berdasarkan operasi Mercury ketika perang dunia kedua pada tahun 1941 dan ianya memaparkan bentuk lokasi yang sangat luas untuk pemain berperang.

Menurut EA, peta ini akan dilancarkan secara percuma pada 30 Mei ini buat kesemua platform dan anda boleh memuat-turunnya dengan hanya melalui kemaskini permainan.

Battlefield V merupakan permainan penembak pandang pertama yang memfokuskan era perang dunia kedua buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC. Bagi anda yang ingin membaca ulasan kami, anda boleh ke pautan dibawah.

Leave a Reply