Nintendo hari ini mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan acara langsung khas Pokemon Direct pada hari Rabu, 5 Jun 2019 pada jam 9 malam ini.
Semestinya bagi kita rakyat Malaysia, tampaknya kita bakal menyambut malam Hari Raya Aidilfitri pertama bersama Nintendo dengan menonton sebarang pengumuman yang bakal diumumkan oleh mereka. Acara tersebut pasti akan diperkongsikan melalui saluran rasmi Youtube Nintendo.
Tidak banyak informasi yang dikongsikan, namun menurut Nintendo acara tersebut akan berdurasikan selama 15 minit dan akan memfokuskan dua permainan Pokemon yang diumumkan sebelum ini iaitu Pokemon Sword dan Pokemon Shield.
Selain itu, The Pokemon Company juga bakal mengadakan persidangan khas melalui saluran Twitch rasmi Pokemon, pada 29 Mei ini pada jam 9 pagi. Bagi acara tersebut, ianya kelihatan akan memfokuskan berita dan pengumuman lanjut berkenaan dunia Pokemon dan bukannya permainan Pokemon di atas.
Seperti biasa, kami di Aksiz pasti akan mengemaskini sebarang informasi lanjut berkenaannya setelah Nintendo dan The Pokemon Company berkongsikannya kelak.