Melalui akaun Twitter rasmi Kojima Production, mereka menyatakan bahawa mereka akan kongsikan informasi lanjut berkenaan permainan Death Stranding pada 30 Mei 2019 (waktu tempatan) ini.
Selain itu, mereka juga memperlihatkan ayat ‘Create The Rope’ seperti mana Hideo Kojima mengacahkan sebelum ini.
Manakala melalui akaun Twitter rasmi Hideo Kojima pula, beliau tampaknya memuat-naik satu video yang memperlihatkan watak ‘bayi’ daripada video acah Death Stranding sebelum ini dengan sebilangan adegan yang sedikit berbeza berbanding sebelum ini.
Semestinya ini bukanlah sesuatu pengumuman yang baharu dan kami percaya Kojima Production pasti akan kongsikan satu lagi video acah menjelang minggu ini. Meskipun begitu, kami juga berharap sekurang-kurang mereka akan kongsikan tarikh pelancarannya dalam masa terdekat ini.