Bohemia Interactive hujung minggu lepas secara mengejutkan mengumumkan permanan DayZ bakal tiba di Playstation 4 pada 29 Mei 2019 ini. Permainan tersebut sebelum diumumkan pada 2014 lepas dan akhirnya ianya akan tiba secara rasminya.

DayZ merupakan permainan pertahanan hidup zombi dunia terbuka yang memfokuskan lokasi Chernarus. Melalui pemain perlu menahan hidup dengan mencari makanan, ubatan dan juga bertempur dengan zombi-zombi. Menariknya, ianya adalah permainan multi-pemain seakan pertempuran royale sebanyak 60 pemain serentak.

Ianya telah pun dilancarkan di PC tahun lepas dan kemudian diumumkan bakal tiba di konsol, termasuklah Xbox One yang telah pun dilancarkan diikuti Playstation 4 minggu ini.

Dari segi harga, Bohemia Interactive masih belum mengumumkannya lagi, namun kami percaya ianya akan dijual dengan harga sekitar RM159 seperti mana versi PC dan Xbox One sebelum ini.

Sohor Kini