Game of Thrones baru sahaja berakhir pada minggu lepas dan satu yang pasti ia adalah antara siri TV paling popular di dunia dan berakhirnya siri ini sudah semestinya menyertakan sedikit kekosongan untuk ramai peminat.

Mungkin sebagai hadiah selamat tinggal, HBO menerbitkan dokumentari mengenai siri TV tersebut iaitu The Last Watch. Melaluinya, ia memperlihatkan kembali bagaimana mereka menghasilkan musim ke-8 iaitu musim terakhir bagi siri ini.

Walau apapun pendapat anda mengenai musim terakhir ini, satu yang pasti adalah pelakon serta pasukan produksi telah bertungkus lumus untuk menjadikan ia satu realiti, dan dokumentari ini boleh dikatakan sebagai penghargaan untuk mereka.

Dokumentari Game of Thrones The Last Watch tersebut kini boleh ditonton melalui Astro Go ataupun HBO Go (menggunakan akaun Astro).

Sohor Kini