Informasi Permainan Video Terkini
Xbox One S Berwarna Ungu Tertiris – Hadir Bersama Berkas Fortnite

Xbox One S Berwarna Ungu Tertiris – Hadir Bersama Berkas Fortnite

Diterbitkan pada Mei 27, 2019 oleh .

Microsoft tampaknya merancang untuk mengeluarkan berkas baharu untuk konsol Xbox One S mereka. Berdasarkan gambar yang tertiris (oleh WinFuture), berkas tersebut adalah untuk permainan pertempuran royale Epic Games iaitu Fortnite.

Menariknya, berkas tersebut akan menyertakan konsol Xbox One S yang berwarna ungu. Selain itu ia juga akan menyertakan kostum “Dark Vertex” dan 2000 V-Bucks. Selain pelbagai langganan untuk perkhidmatan Xbox.

Buat masa ini Microsoft tidak mengumumkan secara rasmi mengenai berkas ini akan tetapi ia dijangkakan akan berharga $299 (~RM1251) iaitu harga biasa untuk konsol Xbox One S yang mempunyai storan 1TB.


TIPS & ULASAN