Skip to main content

Permainan aksi RPG memburu raksasa oleh Phoenix Labs iaitu Dauntless baru sahaja dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC dan boleh dimainkan secara percuma.

Phoenix Labs melalui kicauan di Twitter mengumumkan yang permainan tersebut kini sudah mempunyai 5 juta pemain, walaupun ia sesuatu yang positif akan tetapi juga membawa masalah kerana pemain terpaksa menunggu sebelum dapat bermain.

Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Phoenix Labs juga mengumumkan yang mereka telah meningkatkan kapasiti pelayan permainan tersebut dan akan terus meningkatkan kapasiti bergantung kepada keperluan bagi memberikan pengalaman bermain yang terbaik.

Sebagai permainan percuma, penerimaan yang baik ini sudah dijangkakan akan tetapi ia masih satu kejayaan yang baik untuk Phoenix Labs. Bagaimana dengan anda, sudah-kah anda mencubanya?

Leave a Reply