Video Acah Siri TV Star Trek: Picard Dipertontonkan

Pada bulan Februari lepas, kami melaporkan yang Nickelodeon akan hadir dengan animasi Star Trek untuk kanak-kanak. Bersama-sama dengan itu, CBS All Access turut akan menyiarkan Star Trek: Discovery, siri mengisahkan Picard lakonan Patrick Stewart, siri animasi untuk tontonan dewasa Lower Decks dari pencipta Rick & Morty’s dan juga Section 31 yang akan sertakan Michelle Yeoh.

https://youtu.be/WeXQ4chR2q8

Namun pada ketika itu, tidak banyak informasi yang dikongsikan buat siri-siri TV ini. Terkini, video acah pendek buat siri TV Star Trek: Picard telah dipertontonkan. Walau bagaimanapun, dalam video acah ini juga masih tidak memberi sebarang penjelasan apakah sinopsis buat siri TV ini. Apa yang dipertontonkan dalam video acah pendek ini adalah satu ladang dalam suasana yang sungguh tenang dan kemudian terus memperlihatkan watak Jean-Luc Picard dan ia berlaku lima belas tahun selepas sesuatu agenda berlaku.

Menurut beberapa pihak, agenda tersebut adalah pengembaraan Picard dalam Star Trek: The Next Generation. Persoalan yang muncul pula adalah kenapa Picard tinggalkan jawatan sebagai Laksamana Starfeet? Apa yang berlaku sebenarnya? Kita hanya akan tahu dalam masa akan datang kelak. Siri TV ini turut akan disiarkan di Amazon Prime Video, cuma tidak pasti jika hanya dalam negara terpilih sahaja ataupun tidak.

Sohor Kini