inFAMOUS merupakan permainan aksi pengembaraan yang dibangunkan oleh Sucker Punch secara eksklusif untuk PlayStation 3 dan PlayStation 4. Permainan tersebut menyambut ulang tahun ke-10 mereka bulan ini dan bersempena dengannya Sucker Punch berkongsi beberapa fakta menarik. Antaranya adalah;

  • Sebelum memilih judul inFAMOUS, permainan tersebut dibangunkan dengan judul True Hero. Bahkan menuju E3 2007 mereka masih tidak mendapat pelepasan undang-undang untuk menggunakan judul tersebut dan sudah menyediakan video acah alternatif. Akhirnya, mereka mendapat kebenaran untuk menggunakan judul tersebut sebelum acara E3.
  • Semasa versi awal permainan, pemain boleh menukar kostum adiwira ke kostum biasa menggunakan pondok telefon. Pemain juga boleh menghias bangunan sekitar untuk menggembirakan orang awam. (???)
  • Watak utama pada awalnya tidak bernama dan dipanggil sebagai “Gearwolf”, watak tersebut juga bercakap menggunakan bahasa mengarut dan berinteraksi menggunakan emote. Pemain juga boleh mengubah rekaan watak seperti rambut dan kostum.
  • Pada awal pembangunan, pemain boleh menaiki kenderaan dan boleh melakukan aksi menggunakan motosikal. Pemain juga boleh meluncur menggunakan “kuasa”.

Perkongsian ini sudah semestinya satu perkara yang menarik, terutama bagi pemain yang bermain permainan ini. Jika anda ingin melihat video yang disertakan bersama dengan fakta-fakta di atas, anda boleh merujuk kicauan Twitter tersebut.

Sohor Kini