Sébastien “Ceb” Debs merupakan antara pemain terbaik Dota 2 yang merupakan salah seorang pemain di dalam pasukan OG. Beliau baru-baru ini mencetus kontroversi apabila mengeluarkan komen berbaur perkauman semasa bermain.

Di dalam perkongsian oleh seorang pemain melalui Reddit, Ceb diperlihatkan menulis “anjing dunia ketiga”, “pelacur russia” dan “sanggup jual mak untuk MMR” di bahagian chat.

Lanjutan perkara tersebut, Ceb sendiri telah mengeluarkan kenyataan meminta maaf dan menegaskan yang beliau hanya memberi reaksi kerana pemain yang beliau tujukan komen tersebut cuba merosakkan permainan dan bermain dengan mengacau pemain lain.

Beliau juga mengatakan, pemain yang berkongsi perkara tersebut di Reddit cuba mencipta masalah dan berniat jahat. Namun, sebagai pemain profesional, beliau sedar yang harus menjaga kelakuan di khalayak ramai.

Aleksey “Solo” Berezin yang merupakan pemain Dota 2 untuk Virtus.Pro dan berasal dari Russia mengatakan komen yang dikeluarkan oleh Ceb tersebut membuatkan beliau terkedu. Beliau juga menegaskan yang walau apapun sebab, ia bukan sesuatu yang boleh diperkatakan. Tambahan lagi oleh antara pemain terbaik di dunia.

Beliau juga mengatakan pernah melakukan kesilapan dan sudah dihukum (mungkin merujuk kepada kes taruhan beliau pada tahun 2013), dan berpendapat Ceb juga harus menerima hukuman tertentu.

Oleh disebabkan itu beliau mengatakan yang akan memboikot kejohanan Epicenter Major yang akan berlangsung pada 22 Jun ini di Russia, jika Valve tidak mengambil tindakan ataupun mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut.

Bagi kami, pemain profesional adalah pemain yang akan diperhatikan oleh pemain-pemain lain terutama kanak-kanak, komen-komen seperti yang dikeluarkan oleh Ceb adalah perkara yang harus dipandang serius dan bukan sesuatu yang harus dibiarkan.

Sohor Kini