Pada tahun lepas, World Health Organisation (WHO) telah mencadangkan yang “ketagihan permainan video” harus diklasifikasikan sebagai satu penyakit.

Minggu ini, semasa World Health Assembly yang ke-72, mereka akhirnya mengesahkan perkara tersebut. Menurut klasifikasi tersebut, terdapat tiga petanda seseorang itu mempunyai penyakit ini adalah apabila mereka:

  1. Hilang daya kawalan bermain permainan video
  2. Mementingkan permainan video, walaupun terdapat banyak lagi kerja/perkara harian yang lepih penting.
  3. Meneruskan atau meningkatkan lagi bermain permainan video walaupun sedar ia akan membawa kesan negatif.

Perkara ini telah dibantah oleh pelbagai organisasi permainan video seperti ESA, ISFE dan UKIE yang menyatakan tiada kajian yang konklusif mengatakan “ketagihan permainan video” merupakan satu penyakit tersendiri.

Manakala, WHO pula mengatakan keputusan tersebut dibuat oleh pakar di dalam pelbagai bidang dan benua berdasarkan bukti yang tersedia. Mereka juga menyatakan perkara ini telah dibuat dengan secara terbuka.

Klasifikasi ini akan mula digunakan pada 1 Januari 2022. Ia diharapkan dapat meningkat perhatian terhadap masalah ketagihan ini yang akan membantu untuk menghasilkan cara rawatan yang bersesuaian.

WHO adalah satu organisasi yang pakar di dalam perkara ini, keputusan yang dibuat sudah semestinya selepas mengambil pendapat daripada pelbagai pihak.

Namun, ia juga mencipta satu kerisauan yang “ketagihan permainan video” bukanlah penyakit akan tetapi sekadar satu simptom untuk penyakit yang lebih besar. Adakah kita akan merawat simptom berbanding mencari masalah yang sebenar?

Sohor Kini