Informasi Permainan Video Terkini
Square-Enix Bakal Membawa Kembali Star Ocean: First Departure R Buat Konsol PS4 Dan Switch

Square-Enix Bakal Membawa Kembali Star Ocean: First Departure R Buat Konsol PS4 Dan Switch

Diterbitkan pada Mei 26, 2019 oleh .

Square-Enix hari ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa kembali permainan pertama buat siri Star Ocean dengan olahan semula berdasarkan permainan pernambah-baikkan Star Ocean: First Departure yang dilancarkan di konsol Playstation Portable beberapa tahun lepas.

Dengan nama Star Ocean: First Departure R, permainan tersebut adalah berdasarkan permainan pertama Star Ocean: First Departure dan menurut Square-Enix mereka akan menyertakan sebilangan kandungan baharu dan ianya bakal tiba di Playstation 4 dan Switch.

Bersempena dengan itu, mereka juga berkongsi sebilangan visual baharu buat watak-watak di dalam permainan tersebut di mana ianya kelihatan mempunyai rekaan baharu dan mungkin permainan ini adalah olahan semula.

Meskipun begitu, tidak banyak informasi yang dikongsikan, termasuklah sebarang tarikh pelancarannya. Kami percaya menjelang E3 2019, Square-Enix pasti akan berkongsi sebarang informasi tambahan.


TIPS & ULASAN