Bagi anda yang tidak pernah mendengar berkenaan permainan The Mighty Quest For Epic Loot, ianya asalnya adalah permainan percuma untuk PC pada 2015 di mana ianya memfokuskan bentuk pengembaraan. Namun, permainan tersebut kemudiannya ditutup setahun kemudian oleh Ubisoft.

Kini, Ubisoft bakal membawa kembali permainan The Mighty Quest For Epic Loot melalui versi permua di mana mereka bakal lancarkannya di peranti iOS dan Android pada 9 Julai 2019 ini.

Permainan aksi pengembaraan ini akan memfokuskan bentuk RPG yang mana pemain berupaya untuk mengubah-suai watak pemain dengan lebih dari 1000 kelengkapan. Menariknya, Ubisoft juga menjanjikan pelbagai mod permainan seperti kempen solo, bentuk pertempuran arena pemain lawan pemain dan pelbagai jenis barangan yang pemain boelh dapatkan.

Bagi anda yang berminat, pra-pendaftaran untuk permua ini telah pun dibuka buat iOS dan Android di mana buat mereka yang membuat pra-pendaftaran tersebut, Ubisoft akan menyertakan haiwan peliharaan, Bradley yang pemain boleh gunakan setelah ianya dilancarkan kelak.

Pra-Daftar iOS: Mighty Quest For Epic Loot

Pra-Daftar Android: Mighty Quest For Epic Loot

Sohor Kini