Bagi anda yang meminati permainan strategi ataupun simulasi yang berkaitan dengan perlumbaan litar, anda mungkin berminat untuk mencuba permua Motorsport Manager Mobile 3 di mana buat masa ia ditawarkan secara percuma khas buat peranti Android.

Ketika artikel ini ditulis, kami tidak pasti sama ada ianya adalah tawaran promosi terhad dan tarikh tamatnya tawaran ini juga tidak diumumkan oleh Playsports Games. Meskipun begitu, permua ini asalnya dijual dengan harga RM21.90, sekaligus membuatkan tawaran ini sememangnya sangat berbaloi.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan permainan ini, Motorsport Manager Mobile 3 merupakan permainan simulasi yang mana pemain berupaya untuk mengurus pasukan pelumba. Melaluinya, pemain perlu mengupah pelumba, membangunkan kereta dan juga menghasilkan pelbagai strategi untuk memastikan pasukan pemain berjaya.

Semestinya buat anda yang meminati permainan bergenre ini, anda perlu memuat-turun Motorsport Manager Mobile 3 di mana anda boleh pautan Google Play Store di bawah.

Muat-Turun: Motorsport Manager Mobile 3

Sohor Kini