Informasi Permainan Video Terkini
Mod Pengembaraan Buat Crash Team Racing Nitro-Fueled Diperlihatkan

Mod Pengembaraan Buat Crash Team Racing Nitro-Fueled Diperlihatkan

Diterbitkan pada Mei 25, 2019 oleh .

Crash Team Racing Nitro Fueled bakal tiba tidak lama lagi dan bersempena dengan pelancarannya yang semakin hampir ini, Activision dan Playstation hari ini berkongsi informasi lanjut berkenaan mod pengembaraan bagi permainan perlumbaan tersebut.

Melaluinya, mereka memperlihatkan dengan lebih mendalam buat mod tersebut di mana ianya terbahagi kepada dua jenis iaitu versi klasik dan versi Nitro Fueled. Melalui versi klasik, ianya menyertakan bentuk seakan permainan asalnya yang dilancarkan beberapa tahun lepas di Playstation 1.

Manakal versi Nitro Fueled pula pemain berupaya untuk menukar pelbagai tetapan seperti kostum-kostum watak, karts dan pelbagai jenis watak yang pemain boleh dapatkan setelah pemain menewaskan watak tersebut melalui mod tersebut.

Berdasarkan video di atas dan seperti yang dikongsikan oleh kami sebelum ini, permainan perlumbaan ini sememangnya menyertakan pelbagai jenis kombinasi pengubah-suai yang pemain boleh lakukan dan pasti akan membuat pemain terus bermain berjam-jam.

Menariknya, mod pengembaraan tersebut juga menyertakan penceritaannya sendiri yang mana mereka juga menambah pelbagai adegan-adegan tambahan dan juga olahan dengan visual baharu yang pasti akan mengembangkan lagi penceritaannya daripada permainan asal Crash Team Racing.

Crash Team Racing Nitro-Fueled akan dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan Switch pada 21 Jun 2019 ini.


TIPS & ULASAN