Tampaknya ura-ura berkenaan Call Of Duty seterusnya yang bakal dilancarkan tahun ini mungkin akan bertajuk hanya Call Of Duty: Modern Warfare dan ianya adalah olahan semula untuk siri Modern Warfare seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini.

Seperti anda sedia maklum, permainan siri Modern Warfare bermula dengan Call Of Duty 4: Modern Warfare yang dilancarkan pada 2007 lepas. Ianya kemudian mempunyai sebilangan sekuel iaitu Call Of Duty: Modern Warfare 2 dan Call Of Duty: Modern Warfare 3 yang dilancarkan beberapa tahun selepas permainan pertamanya. Ketiga-tiga siri Modern Warfare tersebut merupakan siri permainan trilogi yang berkaitan antara satu sama lain dari segi penceritaan.

Akan tetapi, menurut laporan PC Gamer, atas sebab kenapa nama permainan Call Of Duty seterusnya bukan Call Of Duty: Modern Warfare 4 kerana ianya adalah olahan semula untuk siri tersebut, ini sekaligus ianya mungkin akan menyertakan penceritaan baharu dan mungkin tidak akan berkaitan dengan siri Modern Warfare sebelum ini.

Meskipun begitu, ianya masih lagi hanya satu khabar angin dan Activision mahupun Infinity Ward masih belum mengumumkannya secara rasmi. Memandangkan acara E3 2019 bakal tiba tidak lama lagi dan Acitivision juga menyatakan permainan Call Of Duty seterusnya akan diumumkan sebelum Jun, kami percaya mereka bakal kongsikan informasi rasmi berkenaannya pada awal Jun ini.

Sebelum ini, kami juga melaporkan bahawa permainan Call Of Duty bagi tahun 2020 adalah Call Of Duty: Black Ops 5 yang dibangunkan oleh Treyarch.

Sohor Kini