Skip to main content

Seperti yang diumumkan oleh Quantic Dream sebelum ini, mereka menyatakan bahawa permainan-permainan keluaran mereka seperti Detroit: Become Human, Beyond Two Souls dan Heavy Rain akan dilancarkan di PC melalui Epic Games Store.

Terkini, bersempena dengan itu mereka hari ini akhirnya melancarkan demo buat permainan Heavy Rain di mana pemain berupaya untuk memuat-turunnya secara percuma melalui Epic Games Store. Seperti yang dijanjikan, dua lagi demo buat permainan berikutnya juga akan dilancarkan di mana Beyond Two Souls pula bakal tiba pada 27 Jun kelak dan Detroit: Become Human sekitar suku kedua tahun ini.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan permainan Heavy Rain, ianya adalah permainan pengembaraan yang mana sebelum ia dilancarkan di Playstation 3, kemudiannya menerima versi pernambah-baikkan di Playstation 4. Melaluinya, pemain akan bermain sebilangan watak berbeza untuk menyiasat pembunuh bersiri yang dikenali Origami Killer.

Melalui versi demo, Quantic Dream menyatakan ianya akan mempunyai kandungan permainan sehingga 45 minit dengan menyertakan dua bahagian penuh permainan. Demo ini juga memberi peluang untuk pemain mencuba dan melihat spesifikasi permainan tersebut sama ada ianya menyokong PC pemain ataupun tidak.

Heavy Rain dijadualkan untuk dilancarkan di PC secara rasmi pada 24 Jun 2019 ini. Manakala dua lagi permainan Quantic Dream yang lain iaitu Beyond Two Souls pula bakal tiba secara penuh pada 22 Julai 2019 dan Detroit: Become Human pula pada suku ketiga tahun ini.

[download] Muat-Turun: Demo Heavy Rain Di PC[/download]

Leave a Reply