Filem terakhir Terminator adalah Terminator Genisys, iaitu empat tahun lepas. Selepas itu barulah sekuel kedengaran iaitu Terminator: Dark Fate. Filem ini dikatakan adalah sekuel kepada Terminator 2: Judgement Day dan akan terus lupakan garis masa filem Terminator Genisys. Dalam filem ini, Linda Himalton akan kembali sebagai Sarah Connor dan Arnold Schwarzenegger sebagai The Terminator, model T-800.

Akhinrya, video acah pertama telah diterbitkan baru-baru ini. Walau bagaimanapun, masih banyak tanda tanya dalam video acah ini. Yang pertama adalah siapakah robot baharu yang bernama Grace? Grace mendakwa beliau adalah manusia dan bukannya robot. Kemudian turut kelihatan adalah model Terminator T-1000 yang telah dinaiktaraf. T-1000 ini boleh mengasingkan bahagian cecair dan eksorangka. T-1000 ini dilakonkan oleh Gabriel Luna yang sebelum ini berlakon sebagai Ghost Rider.

Apa yang mengejutkan di sini adalah Sarah Connor telah kembali untuk selamatkan seorang gadis bernama Dani dan juga kemunculan T-800 yang sudah tua. Apakah misi utama buat filem ini dan bagaimana T-800 boleh tua. Apa yang menarik untuk filem ini, ia diterbitkan oleh James Cameron yang pasti menarik minat peminat asal Terminator. Filem ini akan ditayangkan pada 11 November 2019 kelak.

Sohor Kini