Skip to main content

Bagi anda yang meminati permainan bergenre JRPG anda pasti mengetahui berkenaan siri Atelier dan Ar Tonelico yang dibangunkan oleh pembangun Gust, di bawah Koei Tecmo.

Terkini, melalui saluran rasmi Youtube pembangun tersebut mereka mengacahkan bahawa mereka kini sedang membangunkan projek permainan baharu. Namun, tidak banyak informasi yang dikongsikan dan berdasarkan video tersebut, informasi lanjut akan diumumkan menjelang 28 Mei ini.

Video acah yang berdurasi 35 saat tersebut boleh ditonton di bawah dan ianya memperlihatkan 3 watak berada di satu kawasan padang yang luas dengan satu perkataan ‘Pengembaraan kami akan bermula’.

Seperti biasa, kami akan kongsikan sebarang pengumuman lanjut setelah ianya diumumkan menjelang minggu hadapan.

Leave a Reply