Skip to main content

Hari ini Nintendo berkongsi satu video acah yang mana mereka memperlihatkan sebilangan watak dan pasukan X-Men yang bakal tiba buat permainan akan datang, Marvel Ultimate Alliance 3: The Black Order.

Melaluinya, mereka memperlihatkan sebilangan watak adiwira dari dunia X-Men termasuklah bentuk permainan seperti watak Magneto, Nightcrawler dan juga watak yang terkenal seperti Deadpool. Sebelum ini, Nintendo juga memperlihatkan video acah khas watak Wolverine di mana anda boleh menontonnya disini.

Menariknya, video acah tersebut juga memperlihatkan sebilangan adegan penceritaan permainan tersebut yang mana tampaknya ianya akan memfokuskan batu Infinity Stone dan pasukan X-Men perlu bekerjasama untuk melindung batu tersebut.

Terdapat juga bentuk permainan yang dikongsikan di mana pemain perlu bekerjasama untuk menewaskan robot besar Sentinel, yang mana pasti menjadi satu adegan ikonik buat siri X-Men.

Marvel Ultimate Alliance 3: The Black Order dibangunkan oleh Team Ninja dan ia bakal dilancarkan secara eksklusif di Switch pada 19 Julai 2019 ini.

Leave a Reply